Aktiviti Indoor Games.

By , 14/01/2025

Khamis, 9 Januari 2025, Ahli Jawatankuasa Sukan Kelab Sukan & Kebajikan (KSK) Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak telah menganjurkan program Indoor Games dengan jayanya. Bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak, bermula 1 tengahari hingga 2 petang, program ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada ahli kelab.

Pelbagai permainan tradisional dan moden disediakan bagi menceriakan suasana, termasuk congkak, karom, dam haji, dam ular, dan chess. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan semangat bersaing secara sihat, tetapi juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli.

Walaupun tempoh masa program hanya sejam, ia tetap meriah dengan gelak tawa dan sorakan daripada para peserta. Program ini turut menunjukkan komitmen AJK Sukan dalam memupuk gaya hidup sihat dan mengisi waktu rehat dengan aktiviti yang bermakna.

Tahniah kepada AJK Sukan atas usaha mereka merealisasikan program ini! Semoga lebih banyak aktiviti menarik dapat dijalankan pada masa hadapan.

GALERI FOTO 2025

By , 14/01/2025

Galeri foto aktiviti jabatan bagi tahun 2025 adalah seperti yang disenaraikan di bawah (klik pada bulan kalendar untuk paparan gambar) :

Panorama Theme by Themocracy