Program Pendidikan Pengundi (VET) PPN Perak
2 Oktober 2024 (Rabu), Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Perak telah menganjurkan Program Pendidikan Pengundi (Voter Education Training – VET) bertempat di Dewan Zeta, UiTM Perak Kampus Tapah. Program ini berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang dengan kehadiran seramai 1,450 peserta.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai peranan mereka sebagai pengundi, termasuk hak dan tanggungjawab dalam memastikan proses demokrasi berjalan lancar.
Ceramah utama telah disampaikan oleh Mohamad Azrul bin Jamaludin, seorang penceramah berpengalaman dalam bidang pendidikan pengundi. Beliau dibantu oleh dua pembantu penceramah, iaitu Nik Salwani binti Juhan dan Rahimah binti Malek, yang turut memainkan peranan penting dalam sesi interaktif dan perkongsian maklumat.
Melalui program ini, para peserta didedahkan kepada proses pengundian, kepentingan membuat pilihan yang bijak, serta memahami nilai demokrasi dalam membentuk masa depan negara. Sambutan yang diterima amat memberangsangkan, dengan sesi soal jawab yang interaktif menunjukkan komitmen tinggi peserta terhadap topik yang dibincangkan.
Program ini berjaya mencapai objektifnya untuk meningkatkan kesedaran sivik dan membina generasi pengundi yang bertanggungjawab serta bermaklumat.