Program Pendidikan Pengundi (VEM) – MRSM Taiping

By , 16/08/2024

𝟏𝟔 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒 – 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 (𝐕𝐄𝐌) anjuran PPN Perak telah berlangsung dengan jayanya di 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐫𝐮𝐭, 𝐌𝐑𝐒𝐌 𝐓𝐚𝐢𝐩𝐢𝐧𝐠. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai tanggungjawab sebagai pengundi kepada 𝟒𝟕𝟓 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝟒 𝐝𝐚𝐧 𝟓.

Acara bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 petang. Program ini dikendalikan oleh penceramah utama, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐡𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐥𝐢𝐚𝐬, yang menyampaikan maklumat penting mengenai kepentingan proses pilihan raya, hak-hak sebagai pengundi, serta peranan generasi muda dalam memastikan integriti dan kelancaran proses demokrasi di negara ini.

Puan Shahreen turut dibantu oleh tiga pembantu penceramah, iaitu Mohamad Azrul bin Jamaludin, Rahimah binti Malek, dan Nik Salwani binti Juhan. Mereka memainkan peranan penting dalam membantu menyampaikan maklumat serta menjawab soalan-soalan daripada para peserta.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada masa hadapan, sekaligus memupuk semangat patriotisme dan kesedaran sivik yang tinggi dalam diri mereka.

Panorama Theme by Themocracy