Program Pendidikan Pengundi (VEM) – SMK Treacher Methodist, Taiping

By , 21/05/2024

𝐓𝐚𝐢𝐩𝐢𝐧𝐠, 𝟐𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 – 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 (𝐕𝐄𝐌) PPN Perak telah berjaya dianjurkan di 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐒𝐌𝐊 𝐓𝐫𝐞𝐚𝐜𝐡𝐞𝐫 𝐌𝐞𝐭𝐡𝐨𝐝𝐢𝐬𝐭, 𝐓𝐚𝐢𝐩𝐢𝐧𝐠 pada hari Selasa, 21 Mei 2024. Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang dan menarik seramai 𝟏𝟑𝟎 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫.

Program ini bertujuan untuk memberikan pemahaman menyeluruh mengenai proses pengundian melalui simulasi penuh pilihan raya. Dua penceramah utama, 𝐂𝐢𝐤 𝐒𝐡𝐚𝐡𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐥𝐢𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐳𝐫𝐮𝐥 𝐛𝐢𝐧 𝐉𝐚𝐦𝐚𝐥𝐮𝐝𝐢𝐧, telah dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dengan para pelajar.

Kedua-dua penceramah ini dibantu oleh lima pembantu penceramah yang berdedikasi, iaitu Rahimah binti Malik, Nik Salwani binti Juhan, Suri Fairuz Emilia binti Ahmad Laili, Nurnadhirah binti Nurdin, dan Mohd Seripudin bin Hassan Basri. Mereka memastikan sesi-sesi interaktif berjalan lancar dan membantu dalam aktiviti simulasi.

Sepanjang program ini, pelajar-pelajar terlibat dalam simulasi penuh proses pilihan raya. Aktiviti bermula dengan taklimat pengenalan mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diikuti dengan kempen pilihan raya, taklimat proses pengundian, pengundian melalui tiga saluran, proses pengiraan undi, dan akhirnya pengisytiharaan pemenang.

Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian menyatakan bahawa program ini memberikan mereka pemahaman yang mendalam dan praktikal mengenai pilihan raya. Mereka kini lebih sedar tentang pentingnya tanggungjawab sebagai pengundi dan bersedia untuk melaksanakan hak mereka dalam proses demokrasi pada masa hadapan.

Panorama Theme by Themocracy