
Urusan Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2026
Tempoh Semakan: 30 Jun 2026 (Selasa) hingga 29 Julai 2026 (Rabu)
Para pendaftar boleh membuat semakan daftar pemilih tambahan bulan Mei Tahun 2026 pada pautan di bawah :
Untuk membuat semakan SILA KLIK DISINI…
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN MEI TAHUN 2026
(DPT BLN5/2026)
DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN MEI 2026 (DPT BLN5/2026)
- DPT BLN5/2026 telah diperaku pada 29 Jun 2026 dan diwartakan pada 30 Jun 2026. DPT BLN5/2026 ini akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 30 Jun 2026 hingga 29 Julai 2026.
- DPT BLN5/2026 ini mengandungi seperti berikut:
(a) 40,139 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Mei 2026 hingga 31 Mei 2026 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
(b) 23,902 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
(c) 3,400 orang pemilih bertukar kategori pengundi/ status.
Pautan Senarai Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei 2026 (DPT BLN 5/2026), SILA KLIK DISINI
- DPT BLN5/2026 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
- a) Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
- b) Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
- c) Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
- d) Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
- e) Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.
Borang Tuntutan dan Bantahan boleh dimuat turun pada pautan berikut :
BORANG C TUNTUTAN -> SILA KLIK DISINI.
BORANG D BANTAHAN -> SILA KLIK DISINI.
Sebarang urusan berkaitan tuntutan dan bantahan boleh berhubung dengan Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka seperti berikut;
Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka
Aras 20, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
06-2345632/33