September 22, 2026

Urusan Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai Tahun 2026
Tempoh Semakan:  26 Ogos 2026 (Rabu) hingga 24 September 2026 (Khamis)
Para pendaftar boleh membuat semakan daftar pemilih tambahan bulan Julai Tahun 2026 pada pautan di bawah :
Untuk membuat semakan SILA KLIK DISINI…

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN JULAI TAHUN 2026
(DPT BLN7/2026)

DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN JULAI 2026 (DPT BLN7/2026)

  1. DPT BLN7/2026 telah diperaku dan diwartakan pada 26 Ogos 2026. DPT BLN7/2026 ini akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 26 Ogos 2026 hingga 24 September 2026.
  2. DPT BLN7/2026 ini mengandungi seperti berikut:
    (a) 45,900 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Julai 2026 hingga 31 Julai 2026 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
    (b) 50,547 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
    (c) 2,006 orang pemilih bertukar kategori pengundi/ status.

Pautan Senarai Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai 2026 (DPT BLN 7/2026), SILA KLIK DISINI

  1. DPT BLN7/2026 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:

Borang Tuntutan dan Bantahan boleh dimuat turun pada pautan berikut :
BORANG C TUNTUTAN -> SILA KLIK DISINI.
BORANG D BANTAHAN -> SILA KLIK DISINI.

Sebarang urusan berkaitan tuntutan dan bantahan boleh berhubung dengan Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka seperti berikut;

Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka
Aras 20, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
06-2345632/33