April 28, 2026

Urusan Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac Tahun 2026
Tempoh Semakan:  20 April 2026 (Isnin) hingga 19 Mei 2026 (Selasa)
Para pendaftar boleh membuat semakan daftar pemilih tambahan bulan Mac Tahun 2026 pada pautan di bawah :
Untuk membuat semakan SILA KLIK DISINI…

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN MAC TAHUN 2026
(DPT BLN3/2026)

DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN MAC 2026 (DPT BLN3/2026)

  1. DPT BLN3/2026 telah diperaku pada 17 April 2026 dan diwartakan pada 20 April 2026. DPT BLN3/2026 ini akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 20 April 2026 hingga 19 Mei 2026.
  2. DPT BLN3/2026 ini mengandungi seperti berikut:
    (a) 40,958 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Mac 2026 hingga 31 Mac 2026 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
    (b) 11,134 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
    (c) 965 orang pemilih bertukar kategori pengundi/ status.

Pautan Senarai Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac 2026 (DPT BLN 3/2026), SILA KLIK DISINI

  1. DPT BLN3/2026 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:

Borang Tuntutan dan Bantahan boleh dimuat turun pada pautan berikut :
BORANG C TUNTUTAN -> SILA KLIK DISINI.
BORANG D BANTAHAN -> SILA KLIK DISINI.

Sebarang urusan berkaitan tuntutan dan bantahan boleh berhubung dengan Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka seperti berikut;

Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka
Aras 20, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
06-2345632/33