SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN MAC TAHUN 2025

comments Comments Off on SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN MAC TAHUN 2025
By , April 24, 2025 8:00 am

Urusan Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac Tahun 2025
Tempoh Semakan:  24 April 2025 (Khamis) hingga 23 Mei 2025 (Jumaat)
Para pendaftar boleh membuat semakan daftar pemilih tambahan bulan mac tahun 2025 pada pautan di bawah :
Untuk membuat semakan SILA KLIK DISINI…

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN MAC TAHUN 2025
(DPT BLN3/2025)

DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN MAC 2025 (DPT BLN3/2025)

  1. DPT BLN3/2025 telah diperaku pada 23 April 2025 dan diwartakan pada 24 April 2025. DPT BLN3/2025 ini akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 24 April 2025 hingga 23 Mei 2025.
    A
  2. DPT BLN3/2025 ini mengandungi seperti berikut:
    a) 39,241 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Mac 2025 hingga 31 Mac 2025 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
    b) 9,090 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
    c) 1,123 orang pemilih bertukar kategori pengundi/ status.
    A
  3. DPT BLN3/2025 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
    a) Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
    b) Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
    c) Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
    d) Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
    e) Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.
    f) Semakan DPT BLN3/2025 (Buku PDF) Sila Klik Disini

TUNTUTAN

  1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Mac 2025 hingga 31 Mac 2025 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi/ status dalam tempoh 1 Mac 2025 hingga 31 Mac 2025 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN3/2025 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
    A
  2. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN3/2025 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
    A
  3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

BANTAHAN

  1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
    A
  2. BANTAHAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau memuat turun Borang D dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.
    A
  3. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
    A
  4. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.

Borang Tuntutan dan Bantahan boleh dimuat turun pada pautan berikut :
BORANG C TUNTUTAN -> SILA KLIK DISINI
BORANG D BANTAHAN -> SILA KLIK DISINI

Sebarang urusan berkaitan tuntutan dan bantahan boleh berhubung dengan Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka seperti berikut;

Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka
Aras 20, Menara Persekutuan
Jalan Persekutuan Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
No.Tel : 06-2345632/33

Panorama Theme by Themocracy