Pengumuman

By , April 22, 2013 11:00 am

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH SUKU 1/2013

TARIKH : 24 APRIL 2013 HINGGA 7 MEI (2013)
TEMPOH : 14 HARI

Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun 1/2013 (Januari, Februari dan Mac 2013), SPR telah menerima sebanyak 136,035 permohonan pendaftaran yang melibatkan 104,963 pemilih baru dan sebanyak 31,072 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR.

Selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun 1/2013 akan dipamerkan selama 14 hari mulai 24 April 2013 hingga 7 Mei 2013 di 949 tempat pameran di seluruh Negara.

Dalam hal ini, mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 1/2013 itu bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B. Begitu juga bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 1/2013 bagi satu-satu bahagian pilihan raya itu bolehlah membuat bantahan dengan mengisi Borang C. Borang tuntutan atau bantahan itu hendaklah diserahkan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja dalam tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 1/2013.

Orang ramai juga boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk menyemak senarai nama yang dipamerkan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 1/2013.

Statistik Daftar Pemilih Terkini Sehingga 31 DISEMBER 2012

Aktiviti Semasa

By , March 13, 2013 3:00 am

 


PROGRAM OUTREACH PENDAFTARAN PEMILIH LUAR PEJABAT (PPLP) BAGI PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI MELAKA DITANGGUHKAN SEMENTARA BAGI MEMBERI TUMPUAN KEPADA PERSIAPAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 13

 

JADUAL BERTUGAS PROGRAM OUTREACH
PENDAFTARAN PEMILIH LUAR PEJABAT (PPLP)

PROGRAM OUTREACH DI ZOO MELAKA

Lokasi Pendaftaran Di Wakaf Laluan Pintu Masuk Utama Ke ZOO Melaka Dan Bersebelahan Taman Permainan Kanak-Kanak

TARIKH TEMPAT MASA

PROGRAM OUTREACH DI JUSCO BANDARAYA

Lokasi Pendaftaran Berhampiran Di Laluan Masuk Pintu B Dan Berhadapan Kedai Fast Food PAPA JOHNS

TARIKH TEMPAT MASA

PROGRAM OUTREACH DI MYDIN MITC

Lokasi Pendaftaran Berhampiran Di Pintu Masuk Utama MYDIN Dan Di Hadapan Kedai Karpet CAUCASIAN CARPET SDN BHD

TARIKH TEMPAT MASA

PROGRAM OUTREACH DI TESCO MELAKA

Lokasi Pendaftaran Berhampiran Butik Pakaian First Lady

TARIKH TEMPAT MASA

PROGRAM OUTREACH JEMPUTAN

Panorama Theme by Themocracy