SALAM ISRAK MIKRAJ

17 Januari 2026, Anak Bukit – Warga kerja Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah mengucapkan Selamat Memperingati Peristiwa Israk Mikraj kepada seluruh umat Islam.

Israk Mikraj adalah peristiwa Nabi Muhammad SAW melakukan perjalanan malam dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin) – (Israk), lalu naik ke langit (Sidratul Muntaha) untuk bertemu Allah SWT, di mana beliau menerima perintah solat 5 waktu. Ini adalah mukjizat besar yang menunjukkan kebesaran Allah, menjadi bukti kerasulan Nabi, dan memberi pengajaran penting tentang solat, keimanan, serta peranan Baitulmaqdis bagi umat Islam.