PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN KEEMPAT 2014 (DPT ST4/2014)

baru

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN KEEMPAT 2014 (DPT ST4/2014) SELEPAS PENANGGUHAN BENCANA BANJIR

14 HARI MULAI 10 HINGGA 23 MAC 2015

Selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2014 akan dipamerkan selama 14 hari mulai 10 hingga 23 Mac 2015 pada 99 pusat pameran di Johor.

Dalam hal ini, setiap warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2014 itu bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.

Begitu juga bagi setiap pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama – nama orang di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2014 bagi satu-satu bahagian pilihan raya itu bolehlah membuat bantahan dengan mengisi Borang C. *Setiap satu nama yang dibantah dikenakan bayaran sebanyak RM10.00. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos/Bank Draf.

Borang tuntutan atau bantahan tersebut hendaklah diserahkan kepada Urusetia yang dipertanggungjawabkan di setiap Pusat Pameran atau dimajukan terus kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor pada waktu pejabat pada hari bekerja dalam tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2014.

Orang ramai juga boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk menyemak senarai nama yang dipamerkan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2014.

zr0

Add your Biographical Info and they will appear here.