PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN KETIGA 2013 (DPT ST3/2013)

 

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN KETIGA 2013
(DPT ST3/2013)

14 hari mulai 23 Oktober 2013 hingga 5 November 2013

Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun 3/2013 (Julai, Ogos dan September 2013), dari 1 Julai hingga 30 September 2013, Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor telah menerima sebanyak  permohonan pendaftaran.

Selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun 2/2013 akan dipamerkan selama 14 hari mulai 23 Oktober 2013 hingga 5 November 2013 di 98 pusat pameran di Johor.

Dalam hal ini, mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 3/2013 itu bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.

Begitu juga bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 3/2013 bagi satu-satu bahagian pilihan raya itu bolehlah membuat bantahan dengan mengisi Borang C. *Setiap satu nama yang dibantah dikenakan bayaran sebanyak RM10.00. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos/Bank Draf.

Borang tuntutan atau bantahan tersebut hendaklah diserahkan kepada Urusetia yang dipertanggungjawabkan di setiap Pusat Pameran atau dimajukan terus kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja dalam tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 3/2013.

Orang ramai juga boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk menyemak senarai nama yang dipamerkan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 3/2013.

zr0

Add your Biographical Info and they will appear here.