PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN 1/2013

 

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN 1/2013

14 hari mulai 24 April 2013 hingga 7 Mei 2013

Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun 1/2013 (Januari, Februari dan Mac 2013), SPR telah menerima sebanyak 136,035 permohonan pendaftaran yang melibatkan 104,963 pemilih baru dan sebanyak 31,072 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR.

Selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun 1/2013 akan dipamerkan selama 14 hari mulai 24 April 2013 hingga 7 Mei 2013 di 949 tempat pameran di seluruh Negara.

Dalam hal ini, mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 1/2013 itu bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B. Begitu juga bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 1/2013 bagi satu-satu bahagian pilihan raya itu bolehlah membuat bantahan dengan mengisi Borang C. Borang tuntutan atau bantahan itu hendaklah diserahkan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja dalam tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 1/2013.

Orang ramai juga boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk menyemak senarai nama yang dipamerkan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 1/2013.

zr0

Add your Biographical Info and they will appear here.