Latar Belakang

Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah diwujudkan pada 1 Mac 1965 setelah negeri Sabah menganggotai Malaysia pada 16 September 1963.

Pada awal penubuhannya Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah ditempatkan di Bangunan Wing On Life, Kota Kinabalu sebelum berpindah ke bangunan Bank Chung Kiaw, Kota Kinabalu dan Rumah Persekutuan Sembulan. Kini pejabat ini beroperasi di Aras 2, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah mulai 1 Januari 2007.

 
Pejabat ini diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri Gred JUSA C (sebelum ini Pegawai Pilihan Raya Negeri). Sehingga sekarang seramai 12 orang Pegawai telah dan sedang berkhidmat di pejabat ini disamping dua orang lagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebagai Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Gred M48 di bahagian Operasi dan Penolong Pengarah M41 di Bahagian Pengurusan dan Kewangan yang dibantu oleh seramai 49 orang pegawai dari kumpulan sokongan.

Senarai Pegawai Pilihan Raya Negeri/Pengarah Pilihan Raya Negeri yang berkhidmat di Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah sejak tahun 1965 ialah seperti berikut:

Bil Nama Pegawai Pilihanraya Negeri/Pengarah Pilihanraya Negeri Tahun Berkhidmat
1 Tuan L.X.Dixon 1965
2 Datuk H.S.Sidhu 1965 hingga 1975
3 Datuk D.C.Singhe 1976 hingga 1983
4 Tuan Haji Zainuddin bin Sidek 1983 hingga 1986
5 Tuan Haji Wagiman bin Thuseran 1986
6 Encik Raymond Lim Chee Kong (Memangku) 1986 hingga 1988
7 Datuk Haji Wan Ahmad bin Wan Yusof 1988 hingga 1995
8 Encik Abdul Hamid bin Ali 1996 hingga 1999
9 Tuan Haji Mohamad bin Yunus 1999 hingga 2002
10 Encik Mohamed Mokhtar bin Ahmad 2002 hingga 2004
11 Datuk Haji Md Idrus bin Ismail 2004 hingga Jun 2017
12 Tuan Rohiman bin Rahia Sekarang