Program Pengumpulan Pakaian Terpakai

By , August 6, 2024

𝐊𝐞𝐥𝐚𝐛 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 (𝐊𝐒𝐊 𝐏𝐏𝐍 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤) telah melancarkan 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐚𝐤𝐚𝐢 yang berlangsung dari 6 Februari 2024 (Selasa) hingga 13 Februari 2024 (Selasa). Program ini bertujuan untuk mengumpul pakaian terpakai yang masih elok dan boleh digunakan, sebagai sumbangan kepada komuniti yang memerlukan.

Selama tempoh tersebut, semua pegawai dan staf dijemput untuk menyumbangkan pakaian terpakai mereka. Pakaian-pakaian tersebut akan diserahkan kepada Jawatankuasa Qariah yang akan berangkat ke 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 𝐏𝐨𝐬 𝐂𝐡𝐞𝐨𝐧𝐠. Program ini merupakan usaha untuk membantu meningkatkan kesejahteraan dan memberikan sokongan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐬𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐣𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐚𝐤𝐚𝐢 ini akan diadakan pada tarikh akhir program, 𝟏𝟑 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚), di Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak. Semua sumbangan akan dihimpunkan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Qariah untuk disalurkan kepada penduduk di Perkampungan Orang Asli Pos Cheong.

Program ini diharapkan dapat mencapai matlamatnya dengan sokongan padu daripada semua pihak dan memberi manfaat yang besar kepada penerima. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan menyokong inisiatif kebajikan ini.

Comments are closed

Panorama Theme by Themocracy