Ceramah Isra’ Mi’raj dan Majlis Perpisahan

By , August 6, 2024

22 Februari 2024, Khamis – Kelab Sukan & Kebajikan Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak (KSK PPN Perak) sekali lagi menganjurkan dua acara penting di Bilik Gerakan dengan kerjasama Unit Pengurusan. Acara pertama adalah ceramah bersempena Isra’ Mi’raj yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Saiful bin Mohamed Kamal dari Jabatan Agama Islam Perak. Ceramah ini bermula pada jam 10:00 pagi, dan akan membincangkan makna serta pengajaran peristiwa Isra’ Mi’raj, perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan ke langit.

Di samping itu, pada hari yang sama, Bilik Gerakan Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak juga akan menjadi lokasi Majlis Perpisahan Puan Nur Hidayah binti Ramlee dari Unit Kewangan PPN Perak. Majlis perpisahan ini akan berlangsung pada waktu petang dan merupakan kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada Puan Nur Hidayah atas sumbangan beliau.

Tidak ketinggalan, sambutan hari ulangtahun kelahiran bagi bulan Januari dan Februari juga akan diraikan dalam majlis ini. Ini memberi peluang kepada semua untuk meraikan rakan sekerja yang menyambut hari lahir mereka dan mengeratkan hubungan di kalangan staf.

Comments are closed

Panorama Theme by Themocracy