Kursus Kawalan Dokumen Rahsia Rasmi

By , August 5, 2024

6 Mac 2024, Rabu – Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Kawalan Dokumen Rahsia Rasmi yang akan diadakan selama 2 hari bermula 5 Mac 2024 (Selasa). Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran dalam pengurusan dokumen rahsia rasmi, yang merupakan aspek penting dalam menjaga keselamatan maklumat.

Kursus ini akan disampaikan oleh pegawai daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Perak (CGSO), yang berpengalaman dalam bidang keselamatan dokumen. Sesi berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari, bertempat di Bilik Gerakan, Aras 1, PPN Perak.

Para peserta dijangka memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan dokumen rahsia dengan lebih efektif dan memastikan kepatuhan kepada prosedur keselamatan yang ditetapkan.

Diharapkan kursus ini dapat memperkukuh lagi sistem kawalan dokumen rahsia rasmi dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

Comments are closed

Panorama Theme by Themocracy