Program Pendidikan Pengundi (VEM) – SMK Kg. Pasir Putih, Ipoh
𝐈𝐩𝐨𝐡, 𝟖 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 – 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐒𝐌𝐊 𝐊𝐠. 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐢𝐡, 𝐈𝐩𝐨𝐡, telah menjadi tuan rumah kepada 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 (𝐕𝐄𝐌) PPN Perak pada hari Rabu, 8 Mei 2024. Program ini berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 4.30 petang dan berjaya menarik seramai 𝟑𝟓𝟎 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚, menunjukkan minat yang tinggi dalam kalangan pelajar terhadap pendidikan pengundi.
Penceramah utama, 𝐂𝐢𝐤 𝐍𝐚𝐳𝐥𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐧𝐮𝐦 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐥, yang merupakan Penolong Pengarah PPN Perak, telah dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dengan para peserta. Cik Nazlin dibantu oleh Puan Rahimah binti Malik dan Puan Nornadhirah binti Nurdin, yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran sesi-sesi ceramah dan membantu dalam aktiviti-aktiviti interaktif yang melibatkan peserta. Kehadiran Puan Rahimah sebagai pembantu penceramah memastikan setiap aspek program berjalan dengan lancar dan teratur.
Dengan kejayaan Program Pendidikan Pengundi (VEM) PPN Perak di SMK Kg. Pasir Putih ini, diharapkan lebih banyak program sebegini dapat dianjurkan di masa hadapan untuk memastikan kesedaran dan pengetahuan mengenai proses pilihan raya terus meningkat di kalangan rakyat Malaysia, khususnya generasi muda.