Program Pendidikan Pengundi (VEM) – SMK Dato Sagor, Langkap

By , 31/07/2024

Langkap, 12 Jun 2024 – Program Pendidikan Pengundi (Voter Education Module, VEM) anjuran Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Perak telah diadakan di Dewan Sekolah SMK Dato Sagor, Langkap pada 11 dan 12 Jun 2024. Program dua hari ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang dan telah dihadiri oleh seramai 130 orang pelajar tingkatan 4.

Penceramah utama bagi program ini adalah Puan Shahreen binti Alias dan Mohamad Azrul bin Jamaludin, yang telah memberikan ceramah dan bimbingan mengenai pelbagai aspek proses pilihan raya. Mereka dibantu oleh lima pembantu penceramah, iaitu Rahimah binti Malik, Nik Salwani binti Juhan, Suri Fairuz Emilia binti Ahmad Laili, Azlina binti Zali @ Ab Rashid, dan Azlan Hashim bin Abdullah.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah :

  • Taklimat Pengenalan SPR: Pelajar diperkenalkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan peranannya dalam mengurus dan mengawal selia pilihan raya di Malaysia.
  • Taklimat PPC dan Kempen: Pelajar diberikan maklumat mengenai proses Penamaan Calon (PPC), persediaan kempen, dan kepentingan kempen yang adil dan bersih.
  • Taklimat Proses Pengundian: Pelajar mempelajari langkah-langkah dalam proses pengundian, termasuk peranan setiap individu yang terlibat.
  • Simulasi Pengundian 3 Saluran: Pelajar turut menyertai simulasi pengundian yang melibatkan tiga saluran berbeza untuk memahami proses pengundian secara praktikal.
  • Proses Pengiraan dan Pengisytiharaan Pemenang: Pelajar diberikan tunjuk ajar tentang cara pengiraan undi dijalankan dan bagaimana pemenang pilihan raya diumumkan.

“Program ini sangat bermanfaat untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai proses pilihan raya dan kepentingan undian dalam sistem demokrasi kita,” kata Puan Shahreen binti Alias, salah seorang penceramah utama.

Comments are closed

Panorama Theme by Themocracy