Program Pendidikan Pengundi (VEM) – SMK Sungai Kruit, Sungkai
𝐒𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐢, 𝟐𝟒 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 – 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 (𝐕𝐄𝐌) yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Negeri (PPN) Perak berlangsung dengan jayanya di Dewan Sekolah, 𝐒𝐌𝐊 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐊𝐫𝐮𝐢𝐭, 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐢.
Acara ini dihadiri oleh 65 peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru. Penceramah utama, Puan Shahreen binti Alias. Program ini turut dibantu oleh tiga pembantu penceramah yang berpengalaman: Rahimah binti Malik, Nik Salwani binti Juhan, dan Suri Fairuz Emilia binti Ahmad Laili.
Program Pendidikan Pengundi di SMK Sungai Kruit merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif oleh PPN Perak untuk memperkasa belia dalam memahami dan menyertai proses demokrasi, sekali gus memastikan mereka dapat memainkan peranan aktif dalam pembentukan masa depan negara.