Friday, 19 of April of 2024

Pengumuman

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN (DPT) BULAN FEBRUARI 2024

  1. Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Bulan Februari 2024 telah diperaku dan diwartakan pada 21 Mac 2024. DPT ini dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 22 Mac 2024 hingga 20 April 2024.
  2. DPT BLN 2/2024 ini mengandungi seperti berikut :
    • 33,983 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 29 Februari 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
    • 6,742 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
    • 2,442 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi.

  3. DPT BLN2/2024 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut :
imej MySPRSemak website PPN

TUNTUTAN

  1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 29 Februari 2024 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi dalam tempoh 1 hingga 29 Februari 2024 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN2/2024 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi BORANG C.

  2. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN2/2024 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi BORANG C.

  3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

  4. Borang aduan berhubung DPT BLN 2/2024, boleh dimuat turun.


BANTAHAN

  1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
     
    Borang aduan, tuntutan dan bantahan berhubung DPT Disember 2023, boleh dimuat turun daripada senarai berikut :
    (a) Borang Aduan
    (b) Borang Tuntutan
    (c) Borang Bantahan
     
    Sila klik pautan ini untuk capaian kepada info tambahan mengenai DPT Bulan Disember 2023.
     

    2. PENDAFTARAN PEMILIH SECARA ON-LINE

    Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak ada menyediakan kemudahan pendaftaran pemilih (baru/tukar alamat) secara on-line. Sila layari laman sesawang MySPR di alamat “https://myspr.spr.gov.my/“. Pemilih juga boleh membuat semakan maklumat daftar pemilih dengan melayari Portal MySPR Semak di alamat “https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih“. Untuk maklumat mengenai Pengundi 18 tahun dan Pendaftaran Pemilih Secara Automatik, sila rujuk infografik di bawah :

    18 thn dan Auto