2024

Tarikh – Sesi Kunjung Hormat ke Pejabat Pilihan Raya Negeri, Negeri Sembilan oleh Pegawai dari Permodalan Percetakan Nasional Berhad Zon Selatan

PROGRAM JELAJAH SEMPADAN LAWATAN KERJA MENYUSURI SUNGAI LINGGI SEMPADAN NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN.
26 Jun 2024 – Pejabat Pilihan Raya Negeri, Negeri Sembilan telah bekerjasama dalam satu program yang dianjurkan oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka bagi membuat semakan dan pemantauan di beberapa lokasi sempadan Negeri Sembilan dan Melaka terutama di laluan sungai di antara Sungai Linggi dan Sungai Rembau. Program ini juga bertujuan untuk membuat penambahbaikan terhadap garis sempadan nyata di dalam sistem yang digunapakai serta dibandingkan dengan peta fizikal yang diwartakan.
Program ini turut di hadiri oleh YBrs. Tuan Rudy Rohan bin Johan @ Ganesan, Pengarah Pilihan Raya Negeri Melaka dan YBrs. Puan Norlinah binti Jamman, Pengarah Pilihan Raya Negeri, Negeri Sembilan serta beberapa pegawai dan kakitangan bagi kedua-dua negeri. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam dengan jarak perjalanan sepanjang 25km pergi dan balik bermula dari Jeti Paya Lebar Eco-Cruise Sungai Linggi.
Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka dan semua yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI, NEGERI SEMBILAN KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN.

16 Julai 2024 – Kunjungan Hormat Puan Norlinah binti Jamman, Pengarah Pilihan Raya Negeri Sembilan kepada YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Hadir sama ialah Encik Mohd Sharil Bahari bin Bahari (Timbalan Pengarah) PPNNS, Puan Noor Arnindayanty binti Noor Adzman (Penolong Pengarah) dan Encik Ab. Jalal Bin Shariff (Ketua Unit Persempadanan)
Perjawatan guru merupakan lantikan terbesar dalam kalangan petugas-petugas Pilihan Raya terutama di Pusat Mengundi semasa Hari Mengundi di Negeri Sembilan. Peranan guru bukan sahaja penting semasa menjalankan tugas sebagai petugas pilihan raya malah mereka juga sentiasa memastikan keadaan di pusat mengundi yang kebanyakkannya menggunakan premis sekolah, dijaga dengan baik agar sesi persekolahan dapat dijalankan dengan sempurna selepas tempoh pilihan raya. Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh guru-guru ini merupakan sumbangan yang sangat bernilai kepada negara.
Terima kasih kepada YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin kerana sudi meluangkan masa.
Semoga ukhwah sesama jabatan dapat diteruskan bagi kesinambungan kerjasama yang baik di masa akan datang.

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI, NEGERI SEMBILAN KE JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, NEGERI SEMBILAN.

18 Julai 2024 – Kunjungan Hormat Puan Norlinah binti Jamman, Pengarah Pilihan Raya Negeri Sembilan kepada sesi kunjungan hormat bersama Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sembilan , YBrs. Puan Norjuanita Binti Baharudin. Hadir sama ialah Encik Mohd Sharil Bahari bin Bahari (Timbalan Pengarah) PPNNS, Puan Noor Arnindayanty binti Noor Adzman (Penolong Pengarah) dan Puan Nor Zainah Binti Ahmad Razali (Ketua Unit Pendaftaran) dan Puan Nurliyana binti Ayob (Pegawai Penyelaras Parlimen)

Kerjasama antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memainkan peranan penting dalam memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar dan berkesan di Malaysia. SPR bertanggungjawab untuk menguruskan pilihan raya dan memastikan proses pendaftaran pemilih dilaksanakan dengan teliti, sementara JPN memegang peranan dalam memastikan data pendaftaran warganegara adalah tepat dan terkini. Kerjasama yang baik antara dua agensi ini membantu memastikan integriti dan keberkesanan proses pilihan raya di negara ini. Terima kasih kepada YBrs . Puan Norjuanita Binti Baharudin kerana sudi meluangkan masa. Semoga hubungan kerjasama yang baik dapat saling melengkapi urusan tanggungjawab dan amanah negara, kearah pemilihan pemerintah negara yang berkesan.
PROGRAM PERSEMPADANAN 2024

20 – 22 Nov –

X