DPT BLN3/2024 telah diperaku dan diwartakan pada 30 April 2024 dan akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 30 April 2024 hingga 29 Mei 2024.

DPT BLN 03/2024 ini mengandungi seperti berikut:

  • 38,729 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 31 Mac 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
  • 6,282 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
  • 1,737 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi.

DPT BLN 03/2024 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my; atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
  2. Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
  3. Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
  4. Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
  5. Hotline SPR di talian 03-8892 7218.

UNTUK MENDAPATKAN SENARAI PEMILIH TAMBAHAN BULAN Mac 2024 (DPT BLN03/2024) SILA KLIK PAUTAN https://www.spr.gov.my/

TUNTUTAN

  1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 31 Mac 2024 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi dalam tempoh 1 hingga 31 Mac 2024 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN 03/2024 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  2. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN 03/2024 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

BANTAHAN

  1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
  2. BANTAHAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau memuat turun Borang D dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.
  3. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
  4. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.

BORANG C :- BORANG TUNTUTAN

BORANG D :- BORANG BANTAHAN

Sebarang urusan berkaitan tuntutan dan bantahan boleh berhubung dengan Pejabat Pilihan Raya Negeri Sembilan seperti berikut:-

Pejabat Pilihan Raya Negeri Sembilan
Tingkat 6, Wisma Persekutuan
70000 Seremban
Negeri Sembilan
No.Tel : 06-7639975

X