Category: Pengumuman

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN FEBRUARI TAHUN 2024

By , March 22, 2024 8:00 am

Urusan Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Februari Tahun 2024
Tempoh Semakan:  22 Mac 2024 (Jumaat) hingga 20 April 2024 (Sabtu)
Para pendaftar boleh membuat semakan daftar pemilih tambahan bulan februari tahun 2024 pada pautan di bawah :
Untuk membuat semakan SILA KLIK DISINI…

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN FEBRUARI TAHUN 2024
(DPT BLN 2/2024)

DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN FEBRUARI 2024 (DPT BLN2/2024)

  1. DPT BLN2/2024 telah diperaku dan diwartakan pada 22 Mac 2024 dan akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 22 Mac 2024 hingga 20 April 2024.
    A
  2. DPT BLN2/2024 ini mengandungi seperti berikut:
    a) 33,983 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 29 Februari 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
    b) 6,742 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
    c) 2,442 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi.
    A
  3. DPT BLN2/2024 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
    a) Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
    b) Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
    c) Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
    d) Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
    e) Hotline SPR di talian 03-8892 7218.
    f) Semakan DPT BLN2/2024 (Buku PDF) Sila Klik Disini

TUNTUTAN

  1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 29 Februari 2024 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi dalam tempoh 1 hingga 29 Februari 2024 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN2/2024 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
    a
  2. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN2/2024 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
    A
  3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

BANTAHAN

  1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
    A
  2. BANTAHAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau memuat turun Borang D dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.
    A
  3. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
    A
  4. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.

Borang Tuntutan dan Bantahan boleh dimuat turun pada pautan berikut :
BORANG C TUNTUTAN -> SILA KLIK DISINI.
BORANG D BANTAHAN -> SILA KLIK DISINI.

Sebarang urusan berkaitan tuntutan dan bantahan boleh berhubung dengan Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka seperti berikut;

Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka
Aras 20, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
06-2345632/33

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DI PORTAL DAN APLIKASI MUDAH ALIH MySPR SEMAK

By , August 19, 2022 3:00 pm
Portal MySPR SEMAK
Aplikasi Mudah Alih MySPR SEMAK

Panorama Theme by Themocracy