Posts Categorized: PENGUMUMAN DAN MUTAKHIR

blank

HARI BERKABUNG MALAYSIA : 22 OGOS 2014 (KIBARAN JALUR GEMILANG SEPARUH TIANG)

Hari Berkabung Malaysia telah diisytiharkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17. Ia bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia di atas tragedi Pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di Ukraine…. Read more

blank

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU KEDUA TAHUN 2014 (DPT ST2/2014)

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU KEDUA TAHUN 2014 (DPT ST2/2014) 14 HARI MULAI 5 HINGGA 18 OGOS 2014 Selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun 2/2014 akan dipamerkan selama 14 hari mulai 5 hingga 18 Ogos 2014 di 99 pusat pameran di Johor. Dalam… Read more

blank

SALAM SYAWAL 1435H DARIPADA WARGA KERJA PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR

SALAM SYAWAL 1435H  Tanpa mengira miskin kaya, Pangkat kedudukan hamba sahaya, Sama-sama menyambut raya, Bermaaf-maafan dihari bahagia. Sungai disusur sehari-hari, Dalam gelap menangkap ikan, Kami menyusun sepuluh jari, Salah dan silap harap maafkan. Daripada, Semua Warga Kerja Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor *kredit untuk Puan Noor Izanshasilla binti Yassin