MAKLUMAT AM

By zr0, January 9, 2012
SESI PENDENGARAN AWAM JAWATANKUASA PILIHAN KHAS BERHUBUNG DENGAN PENAMBAHBAIKAN PILIHAN RAYA

Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

TARIKH: 12 & 13 JANUARI 2012 (KHAMIS & JUMAAT)
MASA : 8.30 PAGI – 1.00 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK GERAKAN TUN ABDUL RAZAK, BANGUNAN SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan taklimat berkenaan, sila hubungi talian 07-2243515 / 2233362 atau faks 07-2234318.
TAKLIMAT PERSEDIAAN MENGHADAPI PILIHAN RAYA UMUM KE – 13 (PRU – 13) KEPADA PEGAWAI PENGURUS DAN PENOLONG PEGAWAI PENGURUS

Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat ke arah persediaan menghadapi PRU – 13 kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

TARIKH: 10 JANUARI 2012 (SELASA)
MASA : 8.30 PAGI – 1.00 TENGAHARI
TEMPAT : 302 DEWAN TANJUNG PUTERI, PERSADA JOHOR

PENCERAMAH :
TIMBALAN SETIAUSAHA (PILIHAN RAYA)
YBHG DATO HJ NOORDIN BIN CHE NGAH
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

PERASMIAN OLEH :
PENGERUSI (PILIHAN RAYA)
YBHG TAN SRI DATO’ SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan taklimat berkenaan, sila hubungi talian 07-2243515 / 2233362 atau faks 07-2234318.
PAMERAN 42,051 NAMA PEMILIH YANG REKODNYA MERAGUKAN
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 42,051 nama pemilih yang mempunyai rekod yang meragukan melalui Laman Web SPR di www.spr.gov.my dan Laman Web Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh Negara mulai 17 November 2011 hingga 31 Disember 2011 bagi membolehkan pemilih berkenaan atau waris kepada nama – nama yang dipamerkan tampil membuat pengesahan berhubung status rekod pemilih mereka.
Jika nama pemilih tersebut ada dalam senarai berkenaan, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terlebih dahulu untuk mengenalpasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan dengan pendaftaran pemilih.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat SPR melalui nombor telefon 03-8885 6565 atau melalui Faks 03-8888 9112 atau menelefon ke Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri.

PROGRAM WAWANCARA YBHG TIMBALAN PENGERUSI BERSAMA BERNAMA

YBhg Datuk Wira Wan Ahmad bin Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR akan bersiaran seperti butiran berikut :

PROGRAM FIKIR, YAKIN, INISIATIF (FYI)

KEPENTINGAN MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI

27hb November 2011

10.30 malam

Astro 502 (Bernama)

Selamat menonton.
HARI KELEPASAN AM BAGI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM
Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia
Untuk makluman semua,
  • 22 November (Selasa) merupakan CUTI AM sempena Sambutan Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Johor
  • 28 November 2011 (Isnin) merupakan CUTI AM gantian sempena Sambutan Maal Hijrah, Awal Muharam 1433H yang jatuh pada 27 November 2011 (Ahad)
Sehubungan dengan itu, segala urusan rasmi di Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor tidak dapat dijalankan pada hari – hari tersebut.

Panorama Theme by Themocracy