
Urusan Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2025
Tempoh Semakan: 28 Januari 2026 (Rabu) hingga 26 Februari 2026 (Khamis)
Para pendaftar boleh membuat semakan daftar pemilih tambahan bulan Disember Tahun 2025 pada pautan di bawah :
Untuk membuat semakan SILA KLIK DISINI…
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN DISEMBER TAHUN 2025
(DPT BLN12/2025)
DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN DISEMBER 2025 (DPT BLN12/2025)
- DPT BLN12/2025 telah diperaku pada dan diwartakan pada 28 Januari 2026. DPT BLN12/2025 ini akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 28 Januari 2026 hingga 26 Februari 2026.
- DPT BLN12/2025 ini mengandungi seperti berikut:
(a) 44,042 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
(b) 16,699 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
(c) 4,872 orang pemilih bertukar kategori pengundi/ status.
Pautan Senarai Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember 2025 (DPT BLN 12/2025), SILA KLIK DISINI
- DPT BLN12/2025 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
- a) Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
- b) Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
- c) Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
- d) Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
- e) Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.
Borang Tuntutan dan Bantahan boleh dimuat turun pada pautan berikut :
BORANG C TUNTUTAN -> SILA KLIK DISINI.
BORANG D BANTAHAN -> SILA KLIK DISINI.
Sebarang urusan berkaitan tuntutan dan bantahan boleh berhubung dengan Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka seperti berikut;
Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka
Aras 20, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
06-2345632/33