Pejabat ini amat berbesar hati menerima kunjungan daripada YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Setiausaha Pilihan Raya Malaysia dan barisan pengurusan tertinggi ke Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka pada 28 Julai 2025 yang lalu.
Semasa lawatan ini, Pengarah Pilihan Raya telah memberikan taklimat ringkas berkaitan PPN Melaka serta maklumat berkaitan Bahagian Pilihan Raya, Daftar Pemilih dan Maklumat Asas Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka ke – 16.


