October 29, 2025

Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka telah dijemput sebagai pemerhati bagi Hari Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam yang telah berlangsung pada 8 September 2025 bertempat di 6 buah sekolah iaitu: –

  1. Kolej Tun Fatimah
  2. SMJK Pulau Sebang
  3. SMK Datuk Bendahara
  4. SMK Iskandar Syah
  5. SMK Munshi Abdullah
  6. SMK Tun Syed Zahirudin

Program ini bertujuan memperkasakan kepimpinan pelajar di peringkat pendidikan lepas menengah. Penyertaan Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka telah membuka peluang kepada para pelajar untuk memahami dan menghayati amalan demokrasi melalui pengalaman sebenar (experiential learning) yang selari dengan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Am.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *