Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Melaka (CGSO) telah mengadakan Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) di Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka pada 29 hingga 31 Julai 2025.
Inspektorat ini diadakan bagi menilai tahap pematuhan dan pelaksanaan keselamatan perlindungan yang telah dilaksanakan di pejabat ini. Inspektorat ini amat penting bagi membantu pejabat ini bagi membuat tindakan penambahbaikan agar keselamatan perlindungan seperti keselamatan fizikal, keselamatan rahsia rasmi dan keselamatan ICT terus terpelihara sepanjang masa.



