October 30, 2025

Akademi Pilihan Raya (APR) telah mengadakan Sesi Libat Urus Pembangunan Modul Baharu Latihan Pembantu Pilihan Raya pada 27 Ogos 2025 di Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka.

Sesi Libat Urus ini telah diketuai oleh Encik Hasanul Isyraf bin Naim, Pengarah Akdemi Pilihan Raya bersama enam (6) orang Pembantu Pilihan Raya (PPR) daripada setiap parlimen yang telah dilantik semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang lalu.

Pelaksanaan sesi libat urus ini amat penting bagi mendapatkan maklum balas dan maklumat akan keperluan latihan kepada Pembantu Pilihan Raya memandangkan Pembantu Pilihan Raya memainkan peranan yang besar dan merupakan salah satu tunjang utama kepada pelaksanaan pilihan raya yang cemerlang dan teratur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *