Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka telah menyertai pelbagai program anjuran Kerajaan Negeri Melaka dengan membuka kaunter Outreach pada tarikh dan tempat seperti berikut:
- 13 Julai 2025 – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Duyong di Dewan Terbuka Taman Seri Duyong;
- 26 Julai 2025 – Dewan Serbaguna Semabok Dalam;
- 10 Ogos 2025 – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Japerun Sungai Udang;
- 16 Ogos 2025 – Perasmian Program Tabika Tunas Istimewa @ KEMAS Ayer Hitam Pantai, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka;
- 7 September 2025 – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 Peringkat Dun Paya Rumput di Perkarangan Stadium Hang Jebat, Melaka.
Pembukaan kaunter outreach ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan SPR dengan lebih mudah dan cepat.






