SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN FEBRUARI 2025 (DPT BLN2/2025)

DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN FEBRUARI 2025
(DPT BLN2/2025)

  1. DPT BLN2/2025 telah diperaku pada 20 Mac 2025 dan diwartakan pada 21 Mac 2025. DPT BLN2/2025 ini dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 21 Mac 2025 hingga 19 April 2025.
  2. DPT BLN BLN2/2025 ini mengandungi seperti berikut:
    • (a) 34,889 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 28 Februari 2025 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
    • (b) 12,938 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
    • (c) 1,332 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi.
  3. DPT BLN2/2025 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:

TUNTUTAN

  1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 28 Februari 2025 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi dalam tempoh 1 hingga 28 Februari 2025 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN2/2025 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  2. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN2/2025 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

BANTAHAN

  1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
  2. BANTAHAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau memuat turun Borang D dari portal Pejabat-pejabat Pilihan Raya negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my
  3. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
  4. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi pemohonan yang dibuat secara dalam talian.