SALAM MAULIDUR RASUL 1447H

Anak Bukit, 5 September 2025 – Warga kerja Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1447H.

Maksud Maulidur Rasul ialah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, yang disambut oleh umat Islam pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Sambutan ini lebih daripada sekadar mengingati hari lahir Baginda, tetapi juga merupakan peluang untuk menghidupkan semula sirah (kisah hidup), perjuangan, dan Sunnah (ajaran dan tingkah laku) Nabi Muhammad SAW, serta menzahirkan rasa syukur, cinta, dan penghormatan kepada Baginda.