SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Anak Bukit, 7 Jun 2025 – Warga kerja Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H kepada seluruh umat Islam.
Fokus utama ibadah korban adalah untuk melihat sejauhmana keikhlasan dan ketakwaan kita sebagai seorang hamba, sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu”. (Surah al-Hajj: 37)