Sejarah
SEJARAH PENUBUHAN PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PERLIS
Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis pada asalnya adalah sebahagian daripada Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah/ Perlis. Mulai 16 September 2002 Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis dan Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah telah diasingkan. Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis bermula dengan 3 anggota diketuai oleh seorang Pegawai Pilihan Raya Negeri, seorang Pembantu Tadbir (P/O) dan seorang Pembantu Am Rendah. Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis pada awalnya terletak di tingkat 2, Bangunan Persekutuan Lama, Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan, 01000 Kangar, Perlis.
Sehingga kini, pejabat ini telah berjaya mengendalikan 5 Pilihan Raya Umum Negara iaitu PRU ke 11(2004), PRU ke 12 (2008), PRU ke 13 (2013), PRU ke 14 (2018),PRU ke 15 (2022).




Tingkat 1,Bangunan KWSP Jalan Bukit Lagi 01000 Kangar Perlis, Malaysia
+604 976 1180
+604 977 7507
webmaster@spr.gov.my


