Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2025

DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN SEPTEMBER 2025
(DPT BLN9/2025)
- DPT BLN9/2025 telah diperaku dan diwartakan pada 6 November 2025. DPT BLN9/2025 ini akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 6 November 2025 hingga 5 Disember 2025.
- DPT BLN9/2025 ini mengandungi seperti berikut:
(a) 42,305 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 September 2025 hingga 30 September 2025 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
(b) 12,324 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
(c) 2,319 orang pemilih bertukar kategori pengundi/status. - DPT BLN9/2025 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
(a) Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my; atau
https://mysprsemak.spr.gov.my;
(b) Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan https://ppn.spr.gov.my; (c) Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; (d) Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
(e) Hotline SPR di talian 03-8892 7218. - Capaian untuk muat turun SILA KLIK DISINI
TUNTUTAN
- Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 September 2025 hingga 30 September 2025 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi/status dalam tempoh 1 September 2025 hingga 30 September 2025 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN9/2025 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
- Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT
BLN9/2025 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau
kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan
TUNTUTAN dengan mengisi Borang C. - TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan
https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya
Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari
bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.
BANTAHAN
- Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
- BANTAHAN boleh dikemukan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau memuat turun Borang D dari portal Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan https://ppn.spr.gov.my
- Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
- Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.





Tingkat 1,Bangunan KWSP Jalan Bukit Lagi 01000 Kangar Perlis, Malaysia
+604 976 1180
+604 977 7507
webmaster@spr.gov.my


