5 October, 2024

Untuk maklumanDPT BLN8/2024 ini telah diwartakan pada 23 September 2024 (Isnin) dan seterusnya akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 23 September 2024 hingga 22 Oktober 2024.

Maklumat berhubung urusan Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2024 sila klik di sini

Pautan Senarai Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2024 (DPT BLN 8/2024), sila klik di sini

MAKLUMAT TUNTUTAN DAN BANTAHAN

TUNTUTAN

  1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Ogos 2024 hingga 31 Ogos 2024 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi dalam tempoh 1 Ogos 2024 hingga 31 Ogos 2024 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN8/2024 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  2. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN8/2024 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

BANTAHAN

  1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
  2. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
  3. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D serta bayaran fi bagi bantahan tersebut.

Borang Tuntutan dan Borang Bantahan boleh dimuat turun daripada senarai di bawah:

BORANG BANTAHAN

BORANG TUNTUTAN