Saturday, 5 of October of 2024

LAMAN UTAMA

DPT11_2022*

 

*******************************************************

DPT BLN 8/2024 telah diperaku dan diwartakan pada 23 September 2024. DPT BLN 8/2024 ini dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 23 September 2024 hingga 22 Oktober 2024 melalui kaedah-kaedah berikut:
  • Aplikasi mudah alih MySPR Semak;

  • Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautanhttp://ppn.spr.gov.my/sarawak; atau

  • Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

TUNTUTAN

  • Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 31 Ogos 2024 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi dalam tempoh 1 hingga 31 Ogos 2024 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN 8 /2024 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  • Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN 8/2024 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  • TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

BANTAHAN

  • Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
  • Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).

  • Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D serta bayaran fi bagi bantahan tersebut.

*******************************************************

Sebut Harga Dan Tender

 
Terdapat ( 1 ) Sebutharga Terkini:- 

Tawaran Adalah Dipelawa Kepada Syarikat Berdaftar Dan Orang Perseorangan Yang Berminat Untuk Membeli Aset Seperti Sebut Harga Yang Berikut:-

 

SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

 

PPR(SK) 1018(G) JLD1 (8)

TARIKH IKLAN:

19 SEPTEMBER 2024 JAM 12:00 TENGAH HARI

TARIKH TUTUP IKLAN:

30 SEPTEMBER 2024 JAM 12:00 TENGAH HARI