SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN OKTOBER TAHUN 2024 (DPT BLN10/2024)

  1. DPT BLN10/2024 telah diperaku pada 20 November 2024 dan diwartakan pada 21 November 2024. DPT BLN10/2024 ini akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 21 November 2024 hingga 20 Disember 2024.
  2. DPT BLN10/2024 ini mengandungi seperti berikut:
  • 43,196 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Oktober 2024 hingga 31 Oktober 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
  • 10,876 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
  • 2,101 orang pemilih bertukar kategori pengundi/ status.
  1. DPT BLN10/2024 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
    • Portal SPR di pautan https://spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
    • Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
    • Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
    • Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
    • Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.

UNTUK MENDAPATKAN SENARAI PEMILIH TAMBAHAN BULAN OKTOBER 2024 (DPT BLN 10/2024) SILA KLIK  DISINI

TUNTUTAN

  1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Oktober 2024 hingga 31 Oktober 2024 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi/ status dalam tempoh1 Oktober 2024 hingga 31 Oktober 2024 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN10/2024 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  2. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalamDPT BLN10/2024 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

BANTAHAN

  1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar dalam suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
  2. BANTAHAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau memuat turun Borang D dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.
  3. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
  4. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.

BORANG C :- BORANG TUNTUTAN

BORANG D :- BORANG BANTAHAN

Sebarang urusan berkaitan tuntutan dan bantahan boleh berhubung dengan Pejabat Pilihan Raya Negeri Sembilan seperti berikut:-

Pejabat Pilihan Raya Negeri Sembilan
Tingkat 6, Wisma Persekutuan
70000 Seremban
Negeri Sembilan
No.Tel : 06-7639975

X