:: Terma Dan Syarat Permohonan Online MyJanjiTemu Pejabat Pilihan Negeri Terengganu ::

1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain;

2. Permohonan janji temu boleh dibuat seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dan sehingga 5 bulan dari tarikh semasa, tertakluk kepada kekosongan;

3. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi (rujuk portal PPNT bagi maklumat Operasi Pejabat);

4. Pemohon perlu berada di pejabat PPNT sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak PPNT berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat;

5. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri. Pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Tahun 2021. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat.

6. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa janji temu;

7. Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula;

8. Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan janji temu di PPNT adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKPB Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang berkuatkuasa;

9. Perkhidmatan Mytemujanji ini adalah percuma. Pihak PPNT tidak pernah melantik ejen atau mana-mana individu sebagai orang tengah dalam sebarang urusan berkaitan pendaftaran termasuklah permohonan janji temu.