Pameran Rang Daftar Pemilih

Urusan Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku 4 Tahun 2016 (DPTST4/2016):

Tarikh Pameran  : 7 hingga 20 Februari 2017 = 14 Hari

Tarikh Pengesahan Status Pameran (Tuntutan & Bantahan) : 21 Februari 2017 = 1 Hari

Tarikh Pameran Senarai Tuntutan(Sekiranya ada) : 22 hingga 28 Februari 2017 = 7 Hari

Senarai Nama Pemilih Dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan  Suku Tahun 4 Tahun 2016 (Rang DPT ST4/2016)[BARU]

 

P.033 – Besut

P.034 – Setiu

P.035 – Kuala Nerus

P.036 – Kuala Terengganu

P.037 – Marang

P.038 – Hulu Terengganu

P.039 – Dungun

P.040 – Kemaman

RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN 4 TAHUN 2016

HANYA UNTUK URUSAN PAMERAN SAHAJA.

Senarai Tempat Pameran RDPT 2016 Negeri Terengganu [BARU]

MUAT TURUN BORANG Disini

1. Kenapa Perlu Dipamerkan Rang Daftar Pemilih?

Rang daftar pemilih mengandungi nama-nama pemilih yang dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam daftar pemilih dan nama-nama yang dicadangkan untuk dikeluarkan dari dalam daftar pemilih.

SPR memberi peluang kepada orang ramai terutamanya kepada individu yang memohon untuk bukan sahaja memastikan namanya didaftarkan dalam daftar pemilih tetapi juga maklumat yang diberikan itu adalah betul dan tepat. Selain kepada individu yang terlibat, SPR turut memberi ruang dan peluang kepada masyarakat pengundi untuk menyemak dan memastikan bahawa semua senarai yang dicadangkan untuk dimasukkan atau dikeluarkan adalah benar dan tidak perlu dibantahi.

2. Apa Yang Dipamerkan Dalam Rang Daftar Pemilih?

Maklumat-maklumat yang dipamerkan adalah seperti yang berikut:

(a) Nombor kad pengenalan pemilih;
(b) Nama pemilih;
(c) Alamat pemilih; dan
(d) Lokaliti pemilih.

3. Di Mana Rang Daftar Pemilih Dipamerkan?

Rang daftar pemilih tambahan dipamerkan di tempat-tempat yang telah diwartakan oleh SPR di setiap negeri seperti yang berikut:

(a) Perlis
(b) Kedah
(c) Pulau Pinang 
(d) Kelantan 
(e) Terengganu 
(f)  Perak
(g) Pahang 
(h) Selangor 
(i)  Wilayah Persekutuan 
(j)  N. Sembilan 
(k) Melaka
(l)  Johor 
(m) Sabah

 

Comments are closed