Persempadanan Bahagian Pilihan Raya

APAKAH PRINSIP-PRINSIP ASAS YANG DIAMBIL KIRA DALAM MELAKSANAKAN URUSAN KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN ?
Objektif asas aktiviti Kajian Semula Persempadanan adalah bagi memberikan kemudahan kepada pengundi. Terdapat beberapa prinsip yang seboleh-bolehnya diambil kira oleh SPR semasa menyediakan draf cadangan sempadan-sempadan Bahagian Pilihan Raya yang baru. Prinsip-prinsip tersebut sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 2 Bahagian I Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:-
i) Disamping mengambil perhatian tentang wajarnya semua pemilih diberi peluang yang semunasabahnya mudah untuk pergi mengundi, Bahagian-Bahagian Pilihan Raya patutlah disempadankan supaya tidak merentasi sempadan Negeri dan patutlah juga diberikan perhatian kepada kesulitan bahagian pilihan raya Negeri merentasi sempadan Bahagian-Bahagian  Pilihan Raya PersekutuanMengikut “Single Member Territorial Representation“, setiap sempadan Bahagian Pilihan Raya yang ingin diwakili perlu ditetapkan terlebih dahulu. Bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen, sempadan yang dibuat tidak boleh melangkaui sempadan negeri yang lain. Sebagai contoh, sempadan Bahagian Pilihan Raya Parlimen di negeri Perak tidak boleh melangkaui sehingga memasuki negeri Selangor. Manakala bagi DUN, sempadannya tidak boleh berada di dalam dua Parlimen yang berbeza. Sebagai contoh, sempadan DUN Pasir Berdamar yang berada di dalam Parlimen Teluk Intan tidak boleh berada di dalam Parlimen Teluk Intan dan Parlimen Bagan Datoh.
ii) Perhatian patutlah diberikan kepada kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam Bahagian Pilihan Raya itu bagi mengadakan jentera pendaftaran dan pengundian yang perluDalam membuat sempadan Bahagian Pilihan Raya, kemudahan warganegara untuk mendaftar sebagai pemilih dan mengundi semasa pilihan raya adalah merupakan antara kriteria utama dalam pewujudan dan penetapan sempadan baru. Sebelum sebarang cadangan pindaan dibuat, SPR sentiasa cuba memastikan bahawa terdapat kelengkapan infrastruktur dan fasiliti yang sesuai bagi menguruskan aktiviti pendaftaran pemilih dan pilihan raya di Bahagian Pilihan Raya tersebut. Sebagai contoh, Pejabat Pos sebagai pusat pendaftaran,dewan-dewan/balai raya sebagai tempat pameran rang daftar pemilih serta bangunan sekolah sebagai Pusat Mengundi serta kemudahan-kemudahan asas yang lain wujud dalam Bahagian Pilihan Raya tersebut. Dalam hal ini, sempadan pentadbiran daerah juga di ambil kira agar setiap Bahagian Pilihan Raya terlibat dalam daerah pentadbiran yang berada di bawah kelolaan Ketua Pentadbiran Daerah/Jajahan/Bahagian yang sama supaya segala urusan pendaftaran pemilih, penjalanan pilihan raya dan jentera pengundian dijalankan dengan lebih lancar dan teratur.
iii) Bilangan pemilih di dalam setiap Bahagian Pilihan Raya di dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh Bahagian-Bahagian Pilihan Raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada Bahagian-Bahagian Pilihan RayaSecara dasarnya, setiap pemilih akan mengundi berdasarkan Bahagian Pilihan Raya yang telah ditetapkan kepada mereka. Namun begitu, jumlah pemilih dalam sesuatu Negeri yang lebih kurang sama banyak turut mengambil kira faktor-faktor seperti kesulitan/kesukaran perhubungan, pengangkutan, keluasan kawasan, demografi serta bentuk geografi. Setiap negeri adalah unik dan berbeza dari segi demografi, keluasan kawasan dan bentuk geografi. Setiap satu negeri tidak boleh disamakan atau dibandingkan dengan negeri yang lain. Sebagai contoh, taburan pemilih di kawasan Bahagian Pilihan Raya Parlimen P108 Shah Alam tidak boleh disamakan dengan Bahagian Pilihan Raya Parlimen P216 Hulu Rajang. Ini kerana, walaupun keluasan kawasan Bahagian Pilihan Raya P108 Shah Alam adalah lebih kecil daripada luas kawasan Bahagian Pilihan Raya P216 Hulu Rajang dan jumlah pemilih di Shah Alam juga adalah lebih ramai, pemilih di Shah Alam mempunyai kemudahan infrastruktur dan komunikasi yang lebih banyak dan canggih berbanding pemilih di Bahagian Pilihan Raya Hulu Rajang.   

PARLIMEN LUAS KAWASAN  BILANGAN PEMILIH(berdasarkan Daftar Pemilih yang diperakui pada 30 April 2013)
P108 Shah Alam 153.68km2 101,670
P216 Hulu Rajang 31,472Km2 22,184

Faktor sebegini sebenarnya yang mendorong SPR untuk menyediakan sempadan Bahagian Pilihan Raya yang berbeza dari segi keluasan dan jumlah pemilih. Pada kebiasaannya, bagi kawasan-kawasan yang luas ia mempunyai jumlah pemilih yang kecil begitu juga sebaliknya. Ini dilakukan supaya ianya menjadi lebih adil dari segi pengurusan pilihan raya.

iv) Perhatian patutlah diberikan kepada kesulitan yang akan timbul dengan perubahan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya, dan kepada pemeliharaan hubungan tempatan.Dalam mempertimbangkan penetapan sempadan Bahagian Pilihan Raya, SPR akan menitik beratkan elemen hubungan tempatan. Hubungan tempatan bermaksud jalinan hubungan kemasyarakatan dalam kawasan setempat seperti kampung dan taman perumahan. Sebarang garisan sempadan yang dilakarkan oleh SPR seboleh-bolehnya tidak memisahkan hubungan masyarakat antara kawasan yang terlibat.Selain itu, sempadan Pentadbiran Daerah juga perlu diambil kira. Kebiasaannya, sebarang isu dan permasalahan di peringkat tempatan akan diuruskan oleh penguasa tempatan iaitu Pegawai Daerah/Jajahan/Residen. Dari sudut penyelarasan kerja juga, pegawai-pegawai ini merupakan autoriti yang besar dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan pegawai-pegawai di peringkat daerah. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan memudahkan urusan pentadbiran pilihan raya, faktor sebegini  turut perlu diambil kira sewajarnya.
URUSAN KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN BOLEH MEMBAWA KEPADATAHUKAH ANDA?* UNDANG-UNDANG BERKAITAN URUSAN KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN

STATISTIK PERTAMBAHAN BILANGAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA PARLIMEN DAN DUN MENGIKUT TAHUN  

PROSES URUSAN KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN
PERSIAPAN AWAL DI PERINGKAT SPR 
Sebelum urusan Kajian Semula Persempadanan dimulakan secara rasmi, SPR akan memulakan kerja-kerja pengumpulan maklumat dan membuat analisa bagi tujuan penyediaan draf awal syor Kajian Semula Persempadanan. Di bawah Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan bagi persediaan Kajian Semula Persempadanan ini, SPR perlu mendapatkan bantuan dan khidmat pakar daripada 2 orang pegawai awam iaitu Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).  Pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia berperanan menyediakan maklumat berkaitan taburan penduduk dan pegawai JUPEM berperanan dalam urusan berkaitan topografi. Pegawai-pegawai yang dilantik ini hendaklah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. 

Setelah itu, Urus Setia SPR di peringkat negeri akan memulakan kerja-kerja pengumpulan maklumat bagi tujuan penyediaan draf cadangan. Jabatan Perangkaan dan JUPEM akan membantu dalam membekalkan maklumat yang diperlukan. Semua maklumat yang telah dikumpulkan akan disemak dan diteliti secara keseluruhan untuk dianalisa bagi menyediakan syor awal Kajian Semula Persempadanan.

MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN SEMASA PENYEDIAAN DRAF SYOR KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN
1)Taburan pemilih berdaftar mengikut Bahagian Pilihan Raya sedia ada2)Peta-peta sempadan pentadbiran3)Ukuran keluasan kawasan cadangan persempadanan

4)Data-data mengenai pembangunan kawasan

5)Pembangunan infrastruktur

APAKAH YANG DIGUNAKAN SEBAGAI “SEMPADAN”? 
Sempadan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya dibentuk melalui penetapan daripada sesuatu yang boleh dilihat secara jelas dan nyata seperti bukit, jalan raya dan sungai serta sempadan lain seperti sempadan lot tanah, daerah atau negeri.
 * Tatacara Urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya 
 MAKLUMAT MENGENAI SIASATAN TEMPATAN                       

  • • Prosiding Siasatan Tempatan akan dikendalikan dalam bahasa rasmi (Bahasa Malaysia).
  • • Setiap kumpulan pembantah perlulah melantik jurucakap (maksimum 3 orang) yang terdiri dari kalangan mereka sendiri.
  • • Pembantah tidak dibenarkan diwakili peguam luar dalam memberi keterangan, kecuali peguam berkenaan adalah salah seorang daripada 100 orang nama pembantah yang nama mereka ditunjukkan di dalam daftar pemilih semasa Bahagian Pilihan Raya berkenaan.
  • • Jurucakap yang akan memberi keterangan perlu hadir di tempat Siasatan Tempatan 30 minit sebelum prosiding dimulakan.
  • • Urus setia membaca bantahan yang dikemukakan dan menjemput wakil jurucakap untuk mengemukakan bantahan dan keterangan.

  • • Pembantah perlu mengangkat sumpah sebelum membentangkan bantahan.
  • • Setiap kumpulan akan diberi masa selama 30 minit untuk menjelaskan alasan-alasan mengapa mereka membuat bantahan terhadap cadangan persempadanan SPR.
  • • Segala perbincangan semasa Siasatan Tempatan diadakan hanya perlu ditumpukan kepada perkara yang dibantah sahaja.
  • • Sekiranya pembantah tidak dapat hadir untuk Siasatan Tempatan, mereka boleh mengemukakan alasan-alasan bantahan secara bertulis kepada SPR sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh Siasatan Tempatan diadakan.
  • • Kumpulan pembantah yang hadir perlu berpakaian kemas, bersikap rasional dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh Urus Setia SPR.

  • • Penggunaan kamera dan telefon bimbit adalah tidak dibenarkan semasa prosiding dijalankan.
  • • Keputusan Siasatan Tempatan tidak akan dimaklumkan semasa sesi pendengaran. Keputusan Siasatan Tempatan kali pertama akan dimaklumkan melalui pameran kali kedua.
  • • Keputusan Siasatan Tempatan kali kedua akan dimasukkan dalam Laporan Akhir Cadangan Persempadanan SPR yang akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat.