BAHAGIAN PILIHAN RAYA

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN “BAHAGIAN PILIHAN RAYA”?

Untuk memahami urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya (Kajian Semula Persempadanan) dengan lebih jelas, terlebih dahulu, kita perlu tahu tentang komponen-komponen yang terdapat dalam sesebuah Bahagian Pilihan Raya.

1. Lokaliti

Lokaliti adalah komponen paling kecil yang terdapat dalam Bahagian Pilihan Raya. Ia merupakan tempat tinggal sekumpulan orang tempatan yang mempunyai talian sosial yang jelas seperti kampung atau taman perumahan. Dalam urusan pendaftaran pemilih, lokaliti adalah asas bagi menentukan di mana seorang pemilih akan mengundi. Penentuan tersebut adalah berdasarkan alamat yang dinyatakan dalam kad pengenalan pemohon.

2. Daerah Mengundi (DM)

Daerah Mengundi diwujudkan melalui satu atau lebih gabungan beberapa lokaliti. Ia bertujuan untuk menentukan Pusat-Pusat Mengundi bagi pemilih yang lokalitinya berada di dalam Daerah Mengundi tersebut.

3. Bahagian Pilihan Raya

Bahagian Pilihan Raya terbahagi kepada 2 iaitu:

a) Bahagian Pilihan Raya Negeri (DUN) 

- Gabungan beberapa Daerah Mengundi akan membentuk satu DUN.

b) Bahagian Pilihan Raya Parlimen

 - Dua (2) atau lebih DUN apabila digabungkan akan membentuk satu (1) Bahagian Pilihan Raya Parlimen kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hanya mempunyai Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan tiada DUN.

bahagian pilihan raya

BAHAGIAN PILIHAN RAYA NEGERI TERENGGANU

Negeri Terengganu terdiri daripada 8 Parlimen & 32 Dewan Undangan Negeri:

terengganupar dan dun