Program Outreach ialah program pendaftaran luar pejabat di mana pasukan Outreach menyediakan kaunter terbuka kepada orang awam di beberapa lokasi terpilih. Orang awam adalah dijemput ke kaunter kami untuk urusan pendaftaran pemilih baru, pendaftaran tukar alamat, membuat semakan pendaftaran pemilih dan membuat aduan.

Tiada Program Outreach diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

CARAVAN SEBAGAI KAUNTER BERGERAK SPR

Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu dengan rasminya telah menggunakan caravan sebagai kaunter bergerak mulai Januari 2017, bagi menarik lebih ramai lagi pengunjung ke kaunter kami untuk mendapatkan perkhidmatan pendaftaran pemilih. Caravan ini digunakan sebagai kenderaan rasmi dalam Program Outreach dan Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu.

Tiada Program Caravan dijalankan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Orang ramai dijemput hadir bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di kaunter pendaftaran kami. Untuk mendapatkan perkhidmatan kaunter bergerak/caravan jabatan ini, sila kemukakan permohonan secara bertulis dengan cadangan tarikh, masa dan tempat program ke alamat :

Pengarah Pilihan Raya Negeri Terengganu,
Tingkat 6, Wisma Persekutuan
Jalan Sultan Ismail
20200 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Munira Binti Karim di talian 09-622 1218.