Akademi Pilihan Raya (APR) telah dilancarkan pada 8 Januari 2007 dan diletak di bawah Bahagian Operasi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dua objektif utamanya adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dan staf SPR serta petugas-petugas pilihan raya dan parti-parti politik selain meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya penglibatan dalam pilihan raya di kalangan para penduduk, khasnya para pelajar dan pemilih berdaftar.

Pelanggannya terdiri daripada pegawai dan staf SPR, petugas-petugas pilihan raya, petugas-petugas parti politik, pelajar-pelajar IPTA/IPTS, pihak media, badan-badan bukan kerajaan, delegasi dari luar negara dan pegawai-pegawai daripada jabatan/agensi Kerajaan yang terlibat dalam pengurusan pilihan raya seperti PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Luar Negeri. Objektif-objektif ini dicapai melalui taklimat, latihan, penerbitan buku panduan, checklist dan cakera padat dan latih amal.

Akademi Pilihan Raya Malaysia boleh dihubungi menggunakan alamat dan nombor telefon seperti yang tertera di bawah:

Akademi Pilihan Raya
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Menara SPR, Aras 6
No.2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel: +603 8892 7200

Portal Rasmi Akademi Pilihan Raya Malaysia (APR): www.votereducation.spr.gov.my

error: Hakcipta Terpelihara © Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu