PENGUMUMAN : PINDAAN CUTI UMUM

  • Tarikh Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dipinda dari hari Sabtu minggu pertama bulan Jun kepada hari Sabtu minggu terakhir bulan Julai sepanjang 5 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV bermula dari tahun 2017 hingga tahun 2021. Berikutan pindaan ini, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2017 akan disambut pada hari Sabtu, 29 Julai 2017.
  • Perubahan tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) tahun 2017 dari 21 September 2017 (Khamis) ke 22 September 2017 (Jumaat).
    Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)