Maklumat Ringkas Rang Daftar Pemilih

DEFINISI

Pameran RDPT

Satu proses untuk mempamerkan RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN (RDPT) bagi setiap suku tahun (setiap 3 bulan ) di tempat-tempat sebagaimana yang dinyatakan dalam warta

Senarai Tempat Pameran Rang Daftar Pemilih

Tempoh Pameran

Pameran akan diadakan selama 14 hari di tempat-tempat yang diwartakan

Tempat Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan

Premis yang telah diwartakan untuk tujuan pameran RDPT

Tuntutan

Adalah satu proses di mana pemohon yang mendaftar dalam satu-satu suku tahun (pendaftaran baru dan pertukaran alamat) mengemukakan tuntutan kepada Pendaftar untuk memasukkan namanya ke dalam daftar pemilih atas alasan namanya tidak dipamerkan dalam RDPT suku tahun tersebut. Tuntutan ini dibuat dengan mengemukakan Borang B berserta salinan Borang A.

Bantahan

Bantahan adalah satu proses di mana, mana-mana orang yang namanya dalam Daftar Pemilih Induk bagi kawasan pendaftaran berkenaan (dalam bahagian Pilihan Raya Parlimen) membantah kemasukan namanya atau nama orang lain dalam DPT yang dipamerkan atau mana-mana orang yang namanya dalam DPT yang dipamerkan bagi kawasan pendaftaran berkenaan (dalam bahagian Pilihan Raya Parlimen) membantah kemasukan namanya dalam daftar Pemilih Tambahan yang dipamerkan. Bantahan ini boleh dibuat dengan mengemukakan Borang C dan bayaran sebanyak RM 10 akan dikenakan bagi satu nama yang dibantah. Jumlah maksimum bantahan yang boleh dibuat oleh seseorang pemilih adalah ke atas 10 nama sahaja.