Kaunter Perkhidmatan SPR Karavan Sempena Program Mobile CTC di Daerah Ranau
Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah akan membuka kaunter pendaftaran pemilih sempena Program Mobile Community Transformation Centre (Mobile CTC) Anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah pada ketetapan berikut :
Tarikh : 11 – 12 November 2016 (Jumaat dan Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 4.00 Petang
Tempat : Tapak Tamu, Pekan Ranau
Perkhidmatan yang disediakan :
1) Pendaftaran Pemilih Baharu
2) Semakan Daftar Pemilih
3) Membuat Pertukaran Alamat Tempat Mengundi (mengikut alamat pada kad pengenalan)