Perkara 19 (Keputusan tentang kehilangan kelayakan)

(1) Jika berbangkit apa-apa soal sama ada Speaker atau seseorang ahli Dewan Undangan terhenti menjadi layak untuk dilantik atau dipilih sebagai demikian, Dewan hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad:

Dengan syarat bahawa Perkara ini tidak boleh dikira sebagai menghalang amalan Dewan menangguhkan sesuatu keputusan bagi membolehkan diambil atau ditentukan apa-apa prosiding yang mungkin menyentuh keputusannya (termasuklah prosiding bagi membatalkan kehilangan kelayakan itu).

(2) Jika seseorang ahli Dewan Undangan hilang kelayakan di bawah perenggan (e) Fasal (1) Perkara 17, atau di bawah suatu undang-undang sebagaimana yang disebut dalam perenggan (f) Fasal (1) Perkara 17, maka Fasal (1) tidaklah terpakai , dan dia hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Undangan itu, dan kerusinya hendaklah menjadi kosong, sebaik sahaja kehilangan kelayakan berkuat kuasa  mengikut Fasal (3A) Perkara 17.